Pages

Tuesday, September 17, 2013

Another update...

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum buat reader PPH blog (eh...ada ke ^--^)

Lama tul akak bisukan diri kannn! Yang betulnye I really dun have any idea wat to write...project ada byk. Yang dah siap mmg tak boleh nak tunjuklah dah terbang kpd tuannya tanpa di ambil fotonya...adakalanya akak malas nak ambik gambar. 
Bila ambik gambar kene simpan dlm phone, penuh memory, pas tu sayang nak buang...dah tu apa guna bukak blog ni kan? apa punye bengong lah tn tanah ni...
Sekarang ni mcm dah cerdik sikit...simpan gambar kat awanlah kunun2nya hehehe...baru belajar (lembap lah akak ni dek non ye!!)

Takpelah...daripada akak menaip tah ape2 cerita ni, korang layan je gambar2 yg comel ni (menurut pandangan mata 4 akak ni ye dek non, korang tak suka gi tido jangan layan akak korang ni mengarut k...).



 (my 1st try buat zip mcm tu...taklah kemas tapi macam jakun bila dapat siapkan hehehe...)

Ada projek knitting (dlm pembuatan)...bila senang akak upload ye dek non.



(last but not least - dis picture....pantai batu hitam, beserah)


dah habisss...

Sebelum mengundurkan diri, mari baca sedikit tazkirah yang dipetik dari majalah Solusi terkini (isu 59/ms 27):-

Apabila melihat jari jemari kita yang mulus, ingatlah firman ALLAH yang bermaksud:-
"Bahkan Kami berkuasa menyusun semula jari-jemarinya." 
(Surah al-Qiyamah 75:4)

Sehingga kini, pengecaman individu melalui cap jari adalah kaedah yg paling dipercayai. Tidak ada seorangpun yang mempunyai cap jari yang sama. Biarpun bertukar kulit, cedera atau terhakis, aluran pada cap jari akan kembali dalam bentuk asalnya. 
Dan Allah boleh menghidupkan kita kembali dengan cap jari yang sama.
SUBHANALLAH!



ok...akak mengundur diri dulu, next time jumpa lagi, InsyaAllah. 
Semoga bermanfaat.
-
-
-
peace.

Thursday, May 30, 2013

Aisyah's Simple Sling Bag

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum

Hi, cuti2 sekolah ni mesti ramai yg bercuti2 ye! Bagus...org mesia ni mmg kaya2 kan (heeeee..sbb tu terima apa yg sedia ada seadanyeeee...peace!)

Akak pun malas cakap bebanyak, mcm boring je cuti2 ni (kalau dah tn tanah pun boring apalagi org yg baca ye tak). Oleh itu tanpa banyak bicara, dgn bangganye (ni bkn riak ek cuma nak jadi inspirasi kat korang supaya korang pun ada semangat cam akak nak  membuatnya heeee....) akak nak menunjuk hasil menjahit yg terbaru : 

Sling bag yang simple untuk anak sedara tersayang. Nama bag pun ambil nama sempena nama dia & of coz lah itu nama my doter jugak. Comel tak? 




Senang je nak buat bag ni, nama pun simple sling bag...sooo easy geng! Korang gi skodeng kat sini ek Simple Sling Bag. Tutorial dia sangat osem dan hasilnya pun gojes....korang yang baru jinak2 merpati nak menjahit pun takde halnye. Sure boleh! Malaysia Boleh! erk...! korang abaikan semangat boleh akak ni ye.


^---^
xoxo!!!

Daaaaa...thank you for reading this entry, korang memang osem sebab baca sampai sini!

Selamat brcuti, isikan cuti anak2 korang dengan cuti yg berkualiti.

Selamat menjahit.

See you soon.

Peace.....!





Tuesday, May 14, 2013

Pleated Curvy Bag yang tak gojes!

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.


As u see, another bag creation, but tak berapa memuaskan hati akak dek ye...jahitan yg kurang  kemas, pilihan fabric terutama bahagian atas dan jugak liningnya yg tidak menepati citarasa mata 4 akak ni. Masa matching2kan tu mcm menarik, bila dah siap hmmmmm...tak puas hati, abcde...xyz...bla..bla...bla...



purplepinkheart.blogspot.com


Kadang2 memang kita dah merancang sebaik2nya, ada plan, ada ukuran cukup segala ramuannya...tapi bila siap ia tidak menjadi seperti yg dirancangkan. Hmmm itulah kehidupan dek non, kita cuma boleh merancang tapi DIA lah yg menentukannya...

Takpe akak akan buat lagi...I will!

^--^
xoxo

Selamat menjahit!

Thank you for reading this entry.

See u soon.

~~  peace!  ~~~

Wednesday, May 01, 2013

Cuti & Aku

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum...

Wah...selamat bercuti kita ye, walaupun akak ni dek non tidak bekerja dgn mana2 majikan aka tidak berpendapatan tetap...tapi akak pun wajar bercuti jugak kan. pejam celik pejam celik dah bulan 5 ek, dah 4 bulan meninggalkan kita. Dalam 4 bulan ni akak percaya dah byk cerita suka mahupun duka yang uols lalui kan....amazingly kita berjaya melaluinya. Kalau cerita suka of course uols gembira, kalau yang duka pulak mesti dah banyak airmata uols yg dah keluar kan... 
Apa yg penting ialah, uols dah melaluinya dengan jayanya, dan akan terus mengharunginya selagi diizinkan bernafas, in sha Allah

^__^^__^^__^


My broken spec..tampal guna selotep jer masa tu, coz nak drive tetiba jer bingkai patah. Urgently need, MIL hospitalised, hubby outstation...dugaan. Then after a week..MIL akak dah boleh keluar hospital jaga dekat rumah my SIL pulak, so ke sana ke mari lah jugak. Sedar tak sedar dah dekat 2 bulan rupanya MIL akak sakit.  Now, MIL akak still lagi sakit but bolehlah jalan sikit guna tongkat & kerusi roda.
Alhamdulillah, semoga dia akan sihat sepenuhnya, in sha Allah.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Setelah kesibukan berkurangan, baru terperasan banyaknya kain2...see, dah tidak tersusun, fuhhh, mesti dihabiskan sebelum Mr Hubby buat jelingan tajam (bukan jelingan manja ye...)



And taraaaa....1st projek, beg telekung for my sister, can put novel also ye sis! Beg ni siap dalam masa 2 hari je, sangat mudah & simple, boleh reversible kalau nak. Kain sebelah luar akak beli kat kedai kain semestinya, and fabric dalam tu beli online nana (tapi buat masa ni nana tutup sementara kedai dia, uols check later lah ye). Dan tutorial beg ni uols boleh belajar dgn Sachiko yg baik hati tu, tutorial dia pun senang je nak faham...selamat menjahit.



~~~~~~




Si gebusss ni penghibur kami sekeluarga, sangat divaaaa......


Selamat bercuti, jaga keselamatn diri & keluarga,

Selamat menjahit,

Thank you for reading this entry,

See u soon,

Peace!

Thursday, February 28, 2013

Bunga-bunga cinta

Assalamualaikum uollllssss...

Hurmmmm...tajuk tak menahan menengoknya (gediks ke apa hah!!), whatever. Tapi i memang bercinta all the time. Bercinta dgn anak2, dengan rumah yg tak bertangga nih, bercinta dgn mr hubby, bercinta dgn laman yg ciput tu....i'm in love with everything....erk almost lah. Sekurang2nya akk memang sentiasa menanamkan rasa cinta pada apa jua yang akak nak buat, supaya sentiasa rasa seronok & bersemangat (macam sesi motivasi lah ni).

Bila kita bercinta mesti selalu ingat insan yg dicintai tu kan...bila dah selalu ingat maka selalulah pulak kita menyebutnya, betul tak? (Ko ye kan jelah kiah oiii...!) Bila dah selalu sebut lelama uolls rindulah plak kan..pastu mulalah hati nak bertemu! erk..gitulah rasanya bila hati dah dilamun cinta. Tapi uolls, adik2 tersayang yg belum married lagi tu, janganlah korang ikut sangat sifir cinta nih..kalau betul2 dah tercinta, tak payah nak bercinta sampai 2 ke 3 tahun (bercinta pesen ni bukan cara Islam ye uollls...!), pergilah pinang si dia cepat2, ko bernikahlah,  lepas tu bolehlah uolls
 bercinta...

Tetapi ingat ye.....
walaubagaimana cintanya kita pada ibu bapa, suami, isteri, anak2, kawan, sahabat handai....tapi kita tak boleh melebihi cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Untuk rujukan saya sendiri di kendian hari nanti:-
Bahan2:-
Felt  yg berwarna-warni boleh dibeli di kedai craft atau korang gugel je ada ramai yg jual.
gam uhu
button
labuci/manik kecik
gunting & patern ni akk lukis je, sebenarnya patern2 bunga ni ada dijual dikedai..

Bunga ni akak buat sebab bunga di laman merajuk...tak nak berbunga. Apa lagi dengan kerajinan tahap 120% berjaya meyiapkan bunga2 cinta ni untuk dimasukkan ke dalam kedai akk yg comel tu. Itupun kalau sempatlah sebab anak dara akk kata dia nak bawak ke sekolah...erk...jangan nak nanti cikgu marah, takleh berbisnes dekat sekolah!!!!

Kalau uolls nak belajar pun boleh, tanya je pakcik gugel dia sedia menjawabnya...hehehe. Ada banyak people yg sangat osem lagi gojes dan baik hati yg rajin buat tuto utk uolls. Next time akk updatekan link2 yg berkaitan ye..
cau cin cau...

-
-
-
-
-
terima kasih kerana membaca sampai sini!
peace!
Jazakumullahu hairan kathira.



Monday, February 18, 2013

Card: HB


Assalamualaikum uolssss...
-
-
Salam sejahtera, salam sayang  uols semua ye...
Selamat hari jadi juga kpd semua yg menyambutnya dlm bulan februari nih...saja nak tunjuk kad yg dibuat oleh anak dara akak utk pak sedara dia...kretip jugak gayanya ^__^ (ada jugak yg ikut ciri2 cam maknya, terharu akk..) 
-
-
Bahan2:-
Kertas Keras/Kadbod
Kertas warna
Kain felt
Butang
Gam 
-
-
-
Kiranya tiadalah apa yg nak dimerapukan sangat dalam en3 nih, mmmg niat buat blog nih untuk merapu jek, menyimpan aka menayangkan hasil2 kerjatgn & juga aktiviti yg lain yg rasa2nya cute di pandangan mata empatku ini.

Akceli, akak ni kiranya spesis yg termasuk dalam kategori failed dlm bab nak bersosial nih, sbb tu lah agaknya lebih sesuai merapu kat sini  erk!! whatever...

Dan Sebenarnya (nyanyi spt yuna ye!), uols ni tergolong dlm golongan org2 yg rajin membaca sbb uols baca sampai sini kan kan kan...syabas uols!
-
-
-
-
peace!




Friday, February 08, 2013

Pantai Kg Che Wan Kijal, Terengganu

Assalamualaikum.....

Entah nape akak agak malas nak meng"upload" keje2 kerastgn akk dek non, mcm tak menarik je...apa ye org kata...takde aura!!!

Si kebun bunga & sayur pun belum ada hasil lagi....sayur masih kecik tuik lagi, dh besar nnti boleh di fotografikan ye. So, layankan pemandangan pantai yg nampak jauh ni, takut nak gi dekat2.....takut kene terbangkan angin (he he he...melampaulah tu...). Waktu gambar ini diambil angin kuat, ombak pun ganazzzzz....kalau waktu2 mcm ni nelayan memang tak ke laut. Mandi-manda pun tak boleh masa nih, bahaya...!!!


-
-
-
-
-
-
peace!


Monday, January 21, 2013

Sebuah Doa Untuk Sahabat

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.






Hari ni akak xde kerjatgn yg nak ditunjukkan dik non ye...cuma ingin berkongsi cerita je...

Baru2 ni, seorang sahabat akak telah disahkan  mengidap kanser tulang.  Rasa macam tak percaya je, tapi itulah realitinya...akak pun rasa macam bermimpi. Sebelum ni ke sana ke mari bersama dengan gembiranya, tetiba beliau dah tak boleh berjalan......(sob sob sob)

Hidup ini memang tidak terduga kan, sedang kita riang gembira tiba2 di timpa duka...kita tak berdaya nak mengatur hidup kita sendiri. Itulah qada' dan qadar....semuanya DIA yg punya kuasa. DIA  yang mengaturkan segalanya. Malah nak menggerakkan jari untuk menaip ni pun dia yg gerakkan, kita sebenarnye tidak ada apa2 yg menjadi milik mutlak kita. Alangkah lemahnya kita ni. ALLAHU AKBAR !.

Ya Allah, sembuhkan sahabatku  ya Rabb...berilah dia peluang untuk terus beribadat kepadamu Ya Rabb, berilah dia kesempatan untuk menjaga orang tuanya, suami & anak2nya Ya Allah. Sesungguhnya Kau Maha Penyayang Lagi Maha Mengasihani, Amiiiiin.

-
-
-
-
peace.







Wednesday, January 09, 2013

Lunch Bag

Assalamualaikum

Another project awal tahun ni, lunch bag aka beg bekal untuk anak akak gi sekolah inspirasi & tutorial daripada blogger Ayumi@Pink Penguin , love her tutorial...

Takmo talk much, akak takde idea dik non. Akak memang cenggitu, tak pandai sangat nak berceloteh. Layan gambo je ye...kalau nak try buat, gi je kat blog perempuan jepun yg baik ati itu ye...


Asam garam kehidupan, dalam pahit ada jugak indahnye....
Peace!